
Nama diberi NOOR AKMARWATI BINTI MAT YAUB merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik. Saya merupakan satu-satunya anak perempuan tunggal di dalam keluarga. Dilahirkan pada 21 April 1994 di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu. Merupakan anak jati negeri Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi dan terus menyambung di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa sehingga tingkatan 5. Kemudian menyambung lagi ke peringkat Pra-universiti atau STPM di Pra-Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa. Alhamdulillah berkat doa dan tunjuk ajar guru-guru serta ibu bapa,sekarang saya melanjutkan lagi pelajaran dalam bidang Pendidikan Khas di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bapa saya bernama Mat Yaub bin Puteh dan manakala ibu saya bernama Alpatihah binti Che Haak dan sudah meninggal pada bulan ramadhan 2013. Harapan keluarga terhadap saya amat besar untuk melihat saya menjadi seorang pendidik. Saya berharap agar harapan itu dapat saya tunaikan. Harapan saya agar saya boleh menjadi pendidik yang dapat menyumbang kepada negara pada suatu masa nanti.