ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN ISI HATI HAMBANYA... BE POSITIVE, INSHAALLAH KEJAYAAN MILIK KITA....
 
  • Home
  • Biodata Diri/My Biodata
  • Tugasan/Assignments
  • Refleksi

MINGGU 14

12/21/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan peluang untuk saya mengikuti kelas Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ini. Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk kelas Komputer Dalam Pendidikan bagi semester ini dan bagi tempoh pengajian saya dalam kursus ini. Alhamdulillah Allah masih memberikan saya peluang untuk menimba ilmu berkaitan komputer pada minggu ini.

Pada minggu ini, kami tidak diberikan apa-apa tugasan, tetapi pada minggu ini Cik Mazalah hanya menyuruh saya dan kawan-kawan membuat semakan bagi semua tugasan yang telah saya lakukan bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan ini. Cik Mazalah juga telah memberikan masa untuk kami menyiapkan semua tugasan kami dan mengemaskini akaun WEEBLY sebelum akaun WEEBLY saya disemak oleh Cik Mazalah. Pada minggu ini juga debaran untuk melalui peperiksaan akhir semester satu semakin dirasai.

Pada kelas terakhir ini juga Cik Mazalah juga memberitahu tentang jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam kertas Komputer Dalam Pendidikan . Jenis-jenis soalan yang akan ditanya adalah semuanya berbentuk objektif. Ini merungsingkan lagi saya kerana jika semua soalan ditanya dalam bentuk objektif, maka saya perlu ingat semua fakta-fakta dalam kursus ini.

Sejujurnya kelas bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan ini sangat memberikan makna kepada saya. Ini disebabkan oleh sepanjang mengikuti kursus inilah yang mengajar saya erti kesabaran dalam membuat tugasan, kepuasan apabila menerokai perkara baharu, dan banyak lagi. Terima kasih saya ucapkan kepada Cik Mazalah khususnya yang sentiasa bersabar dengan karenah saya dan kawan-kawan sepanjang menjadi tutor bagi kursus ini. Sesungguhnya peluang untuk belajar dengan Cik Mazalah adalah sesuatu yang sangat menyeronakkan. Cik Mazalah sentiasa memberikan nasihat dan galakan kepada saya dan kawan-kawan malahan Cik Mazalah tidak pernah mendesak kami dalam membuat tugasan. Alangkah beruntungnya kami mendapat seorang pengajar seperti Cik Mazalah. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kawan-kawan saya dan harapan saya agar saya dan kawan-kawan akan dapat belajar bersama-sama lagi di semester dua nanti. Begitu juga kepada Cik Mazalah, semoga dapat mengikuti kelas dengan Cik Mazalah lagi di semester dua nanti. 

Picture
0 Comments

MINGGU 13

12/9/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah bersyukur pada Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini. Minggu ini merupakan minggu ke 3 sebelum bermulanya peperiksaan akhir semester. Debaran di hati semakin terasa memandangkan ini merupakan pengalaman saya menduduki peperiksaan di alam Universiti. Alhamdulillah pada minggu ini saya masih berpeluang untuk menimba ilmu dari kelas bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan bersama Cik Mazalah yang tidak pernah berputus asa dalam melayan karenah kami. Pada minggu ini kami diberikan dengan tugasan akhir.

Semasa mendengar dari Cik Mazalah yang akan memberikan tugasan baharu, perasaan tertekan tiba-tiba terbit dari hati saya kerana walaupun sudah berada di Minggu 13 tetapi kami masih diberikan tugasan. Tetapi saya seharusnya tidak boleh berfikiran begitu kerana dalam menuntut ilmu, saya perlu sabar dalam menuntutnya. Tetapi sebelum itu, kami dikehendaki untuk menghantar port-folio Weebly masing-masing bagi memudahkan Cik Mazalah untuk menyemak Weebly kami.

Untuk tugasan pada minggu ini kami perlu menggunakan Microsoft Excel yang langsung tak pernah saya gunakan. Tetapi disebabkan kursus ini, banyak yang saya tahu mengenai penggunaan Microsoft Excel ini. Rupa-rupanya dengan menggunakan Microsoft Excel, saya boleh mengira markah untuk pelajar saya nanti memandang saya akan menjadi seorang guru nanti. Dengan menggunakan Microsoft Excel ini, saya boleh mengira kedudukan pelajar saya melalui markah peperiksaan mereka. Selain itu, saya juga dapat mengira min, medium, mod, dan banyak lagi menggunakan Microsoft Excel. Saya berasa begitu bertuah kerana dengan menyertai kursus ini, saya dapat mempelajari ilmu menggunakan Microsoft excel ini. Malahan dengan menggunakan Microsoft excel ini juga saya dapat membuat graf berdasarkan maklumat markah yang telah saya buat.

Saya berasa gembira kerana dapat mengikuti dengan baik cara Cik Mazalah tunjukkan mengenai Microsoft Excel ini. Alhamdulillah saya begitu gembira mengikuti kelas ini walaupun kadang-kadang saya tertekan dengan tugasan yang perlu saya lakukan. Tetapi apabila saya dapat menguasai ilmu yang diajar dengan baik, perasaan puas itu sungguh menggembirakan saya.

0 Comments

MINGGU 12

12/4/2014

0 Comments

 
Semakin hari semakin dekat dengan pengakhiran semester satu. Alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya untuk mengikuti kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke 12 ini. Pada minggu ini saya dan kawan-kawan diberikan tugasan yang baharu iaitu tugasan untuk menghasilkan video berdasarkan tajuk pembentangan kumpulan yang lalu. Saya rasakan tugasan ini merupakan tugasan yang paling berat sepanjang mengikuti kursus ini kerana saya masih belum mempunyai apa-apa kemahiran dalam penciptaan video.


Kami dikehendaki untuk membuat satu video yang mempunyai tempoh masa semaksimum lima minit. Kami diberi kebebasan dalam penciptaan video sama ada ingin menggunakan movie maker atau sebagainya. Pada minggu ini kami dikehendaki untuk membuat skrip dan storyboard tentang video yang akan saya hasilkan. Walaupun ianya sangat susah tetapi saya pasti apabila saya dapat menyiapkannya, ianya pasti sangat memuaskan. Disebabkan oleh saya dan kawan-kawan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang teknik pembuatan video, maka Cik Mazalah menyuruh kami untuk melihat cara membuat video di Youtube.


Sepanjang mengikuti kursus ini sudah terlalu banyak kemahiran dan ilmu yang saya perolehi. Alhamdulillah saya sepatutunya bersyukur kerana di beri peluang untuk mengikuti kursus ini. Insha Allah dengan tunjuk ajar Cik Mazalah, saya pasti akan dapat menyiapkan tugasan untuk membuat video ini.
0 Comments

MINGGU 11

11/28/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana mengizinkan lagi saya menimpa ilmu tentang kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ini. Pada minggu ini saya dan kawan-kawan diberikan tugasan untuk menyiapkan Laporan Kajian bagi setiap kumpulan. Sesungguhnya dalam saya mengikuti kursus ini, terlalu banyak perkara yang saya pelajari dan perlu saya lakukan pada setiap minggu. Walaupun kadang-kadang, ia mendatangkan perasaan serabut atau stress pada diri saya, tetapi saya selalu ingatkan pada diri yang untuk berjaya saya perlu bersusah dahulu. Malahan kemahiran dalam komputer pada hari ini sangat diambil berat dalam sektor pekerjaan terutamanya. Sepatutnya saya perlu bersyukur kerana saya diberi peluang ini.


Pada minggu ini, saya dikehendaki untuk menyiapkan Laporan tentang kajian masing-masing. Saya dikehendaki untuk mengumpul semua data yang diperolehi melalui borang soal selidik dan membuat laporan mengenainya. Saya dan kawan-kawan perlu mengumpul semua data lalu dikumpulkan dalam sebuah jadual. Malahan untuk nampak lebih sistematik, kami juga boleh membina graf untuk menampakkannya dengan lebih jelas.


Apa yang saya dapat pada minggu ini sangat bermakna kerana ketika saya menjadi seorang guru nanti, saya pasti memerlukan kemahiran dalam pengumpulan data daripada borang soal selidik dan memindahkan semua data yang diperolehi dalam bentuk jadual dan graf. Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya telah didedahkan dengan lebih awal lagi. Inilah yang dikatakan adat belajar kerana selepas saya dapat menguasai sesuatu kemahiran, kepuasan yang saya rasakan sangat menggembirakan saya.
0 Comments

MINGGU 10

11/23/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah bersyukur pada-Mu ya Allah kerana masih memberikan peluang kepadaku untuk mengikuti kursus Komputer Dalam Pendidikan. Pada minggu ini, kelas diteruskan lagi dengan pembentangan dari kumpulan yang belum bentang. Pada minggu ini, mereka berbentang tajuk ‘e-learning dan mobile learning’ dan ‘web 2.0 dalam pendidikam’. Alhamdulillah melalui pembentangan ini telah meningkatkan lagi ilmu ICT yang saya miliki. Apa yang menyeronokkan pada minggu ini ialah saya telah menjawab soalan yang ditanya oleh kumpulan yang bentang dan hadiahnya saya mendapat air tin. Tidak pernah saya sangka yang saya akan mendapat hadiah. Alhamdulillah rezeki saya pada minggu ini.

Selepas selesai pembentangan, Cik Mazalah memberi taklimat tentang tugasan baru kami. Pada minggu ini, saya perlu membuat brosur tentang tajuk kajian masing-masing mengikut kumpulan. Selepas selesai memberi taklimat, Cik Mazalah menyuruh kumpulan yang belum memuat naik borang soal-selidik masing-masing di dalam FORUM WEBBLY. Manakala bagi yang dah menghantarnya pula perlu menjawab borang soal-selidik dari kumpulan lain.

Disebabkan oleh capaian internet yang lambat, saya tidak dapat menjawabnya. Ini disebabkan oleh ianya perlu dijawab secara di atas talian dan menggunakan capaian internet. Pada minggu ini, banyak ilmu tentang ICT dapat saya belajar dan saya bersyukur dapat mengikuti kursus ini. Saya harapkan agar pada minggu hadapan akan lebih banyak ilmu yang akan saya perolehi. 

0 Comments

MINGGU 9

11/14/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dan kawan-kawan dapat menempuhi dan mengikuti  kursus Pendidikan Dalam Komputer bersama Cik Mazalah. Pada minggu ini,kelas bagi kursus ini diteruskan lagi dengan pembentangan  kumpulan bagi tajuk open source software dan perisian asal dan berlesen. Melalui pembentangan oleh kawan-kawan saya ini sedikit sebanyak telah menambahkan pengetahuan saya mengenai open source software dan perisian. Ditambah dengan penyediaan slaid yang menarik, memudahkan lagi pemahaman saya dan kawan-kawan.

Pada minggu ini juga Cik Mazalah telah menyemak soalan-soalan soal selidik bagi tugasan 4 kami. Sekiranya soalan yang dibuat bertepatan dan sesuai,kami seterusnya perlu menulisnya dalam Google Form. Google Form merupakan aplikasi pengisian borang soal-selidik secara atas talian. Ini memudahkan lagi kami sebagai pengkaji untuk mengedarkan borang soal-selidik kami kerana kami tidak perlu printkan borang tersebut dan memberinya kepada para pelajar untuk mengisinya. Dengan pengisian borang soal-selidik secara atas talian ini membantu lagi memudahkan kerja-kerja kami dalam melakukan penyelidikan.

Saya rasa bersyukur sangat kerana pada minggu ini, satu lagi perkara baru telah saya dan kawan-kawan pelajari. Saya berasa bertuah kerana dapat mengikuti kursus ini kerana terlalu banyak perkara-perkara yang berkaitan ICT telah saya pelajari. Pada minggu ini, saya telah mempelajari mengenai Google Form. Sebelum ini saya langsung tidak mengetahui mengenai aplikasi ini kerana sebelum ini saya hanya melihat pengkaji-pengkaij yang ingin membuat soal-selidik, mereka hanya melakukannya secara manual sahaja iaitu melalui pengagihan borang-borang soal-selidik. Jadi melalui kursus ini saya dapat mempelajari cara membuat borang soal-selidik secara dalam talian. Harapan saya agar pada minggu-minggu akan dating, akan lebih banyak perkara-perkara baharu yang akan saya pelajari.

0 Comments

MINGGU 8

11/7/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah saya sudah melepasi minggu ke 8 dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan bersama Cik Mazalah. Pada minggu ini,sesi pembentangan diteruskan lagi oleh dua kumpulan yang lain dengan tajuk Kemahiran Berfikir Dalam ICT dan Keselamatan Komputer dan Internet. Alhamdulillah saya dan kawan-kawan dapat memahami tentang apa yang cuba disampaikan oleh mereka. Saya amat bersyukur kerana dengan penggunaan teknik Casper yang diajar oleh Cik Mazalah dalam subjek ini dapat membantu saya dan kawan-kawan menghasilkan slaid yang baik.

Selepas kawan-kawan saya melakukan pembentangan masing-masing,kami dipanggil dari setiap kumpulan untuk pemeriksaan proposal atau kertas kerja bagi kumpulan masing-masing. Selepas disemak oleh Cik Mazalah tentang kertas kerja masing-masing,kami dikehendaki membuat sekali lagi jika ada kesalahan dan berkongsinya lagi dengan Cik Mazalah melalui emel dan facebook. Ini memudahkan lagi bagi kami untuk berhubung antara satu sama lain jika ada soalan atau pertanyaan tentang tugasan ini.

Selepas kertas kerja yang dibuat betul,baru lah kami akan mula membuat soal selidik secara atas talian. Untuk penyediaannya adalah berdasarkan video yang dimuat naik oleh Dr Fariza di Forum WEEBLY. Alhamdulillah,walaupun memenatkan tetapi banyak input yang saya perolehi pada minggu ini. Harapan saya agar lebih banyak input yang akan saya perolehi pada minggu-minggu akan dating dalam kursus GE1155 ini.

0 Comments

minggu 7

11/7/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana saya dan kawan-kawan berjaya mengharungi atau menempuhi minggu ke 7 dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan. Terima kasih juga kepada Cik Mazalah yang banyak membantu saya selama saya mengikuti subjek ini. Pada minggu ini,kami diberikan tugasan baharu iaitu tugasan penyediaan kertas penyelidikan. Pada minggu ini juga,kumpulan saya telah melakukan pembentangan dengan tajuk Kemahiran Abad Ke 21. Saya amat gembira bukan sahaja kerana sudah melepasinya tetapi gembira kerana kawan-kawan dan Cik Mazalah sendiri memahami tentang tajuk yang kami bentangkan. Pada setiap minggu,dua kumpulan akan melakukan pembentangan. Pada minggu ini kumpulan saya dan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan.

Pada minggu ini,kami dikehendaki untuk membuat kertas kerja mengikut tajuk pilihan masing-masing. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan juga. Saya dan ahli kumpulan berpendapat untuk mengambil tajuk ‘Penggunaan Kemahiran ICT Abad Ke 21 Oleh Pelajar IPT’. Selepas kami mencari maklumat yang secukupnya dan menyetujui tajuk yang dipilih,kami dikehendaki untuk mula menulis kertas kerja kami atau juga boleh dipanggil sebagai kertas penyelidikan. Untuk minggu ini kami hanya perlu menyediakan kertas kerja setakat untuk bahagian responden sahaja. Selepas kami menyiapkan setakat yang disuruh,kami diminta untuk menghantarnya kepada Cik Mazalah melalui emel atau pun facebook.

Tujuan penghantaran ini ialah untuk pemeriksaan oleh Cik Mazalah. Ini merupakan pengalaman yang paling berharga bagi saya kerana saya dapat belajar tentang penyediaan kertas kerja pada minggu ini. Malahan pengalaman ini amat berharga kepada saya kerana selepas ini pasti banyak saya perlu melakukan kertas kerja terutamanya ketika alam pekerjaan nanti. Jadi saya amat bertuah kerana dapat mengikuti kursus ini.

 

0 Comments

MINGGU 6

11/1/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana pada minggu ke 6 ini saya masih lagi berpeluang untuk mengikuti kelas Komputer Dalam Pendidikan ini. Pada minggu ini,kami dikehendaki untuk menyambung tugasan yang diberikan oleh Cik Mazalah pada minggu lepas. Pada minggu lepas tajuk yang diberikan oleh kami,kami hanya membuatnya setakat memuat naik soalan dalam forum weebly sahaja.

Pada minggu ini kami telah diberi pendedahan oleh Cik Mazalah tentang Teknik Casper yang merupakan teknik yang digunakan dalam penciptaan slaid bagi Power Point mahu pun Google Presentation. Kami perlu menggunakan Teknik Casper ini atau mengaplikasikannya dalam slaid kami. Pada awalnya saya dan kumpulan tidak memahami langsung mengenai teknik ini. Tetapi setelah pendapat pendedahan dari Cik Mazalah dan melalui internet,kami sedikit sebanyak mula memahami tentang teknik ini.

Apa yang saya faham tentang Teknik Casper ini ialah teknik yang digunakan oleh kita dalam penghasilan slaid yang baik,jelas dan menarik. Ianya melihatkan cara kita memilih latar belakang slaid,warna tulisan,tulisan dan lain-lain. Untuk mendapatkan slaid yang menarik,kita perlu menggunakan teknik ini. Ini juga menyebabkan saya lagi teruja untuk membuat slaid bagi tugasan kami. Dengan menggunakan teknik ini boleh membuatkan orang yang melihatnya lebih selesa memandangnya.

Saya berasa amat gembira pada minggu ini kerana pada minggu ini saya telah mempelajari satu teknik slaid yang baharu dan amat berguna kepada saya kerana sebagai seorang pelajar yang banyak terlibat dengan pembentangan. 

0 Comments

MINGGU 5

10/1/2014

0 Comments

 
          Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana saya dan kawan-kawan saya sudah memasuki minggu ke 5 dalam kelas Komputer Dalam Pendidikan ini. Pada minggu kami dibahagikan untuk tajuk-tajuk pembentangan dalam kumpulan. Kumpulan saya telah diberi tajuk Kemahiran Abad Ke-21. Untuk aktiviti pertama saya ialah saya perlu mencari maklumat yang secukupnya mengenai kemahiran abad ke 21 dan mencipta tiga soalan dan seterusnya saya perlu memuat naik soalan-soalan tersebut di dalam forum weebly.

         Tugasan pada minggu ini adalah secara berkumpulan. Disebabkan ini ialah tugasan berkumpulan,jadi saya dan dua orang lagi ahli kumpulan telah bekerjasama untuk menyiapkan tugasan ini. Walaupun pada asalnya kami sedikit keliru dan kurang faham mengenai tajuk tersebut,tetapi setelah kami mencari dan membaca maklumat yang kami cari itu barulah kami faham mengenai kemahiran abad ke 21. Kami berasa bertuah kerana disebabkan oleh tugasan yang diberikan inilah menyebabkan kami lebih memahami tentang tajuk Kemahiran Abad Ke 21.  

          Kami mencari dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan Kemahiran Abad Ke 21 ini di dalam internet iaitu di dalam Google Schorlar,PTSL dan lain-lain. Kebanyakkan maklumat yang kami cari ini adalah dalam Bahasa inggeris,jadi ini menyukarkan sedikit buat saya kerana saya seorang yang kurang mahir dalam Bahasa inggeris. Manakala Cik Mazalah pula menginginkan kami untuk mencipta soalan dalam Bahasa melayu.

          Tujuan Cik Mazalah berbuat demikian adalah untuk memastikan kami membaca apa sahaja bahan mengenai Kemahiran Abad Ke 21 walaupun dalam Bahasa inggeris. Walaupun sukar untuk memahami maksud dalam bahan yang kami cari,tetapi berkat pertolongan kawan-kawan saya,saya dapat memahami bahagian yang saya kurang faham. Selepas saya dan ahli kumpulan mengumpul maklumat,kami mencipta soalan dari maklumat tersebut dan memuat naik di forum weebly.

          Walaupun tugasan minggu ini amat berat untuk kami kerana bahan yang kami perolehi adalah dalam Bahasa inggeris,tetapi saya tetap bersyukur kerana dengan adanya tugasan minggu ini telah membantu saya dalam meningkatkan kemahiran saya dalam Bahasa inggeris. Saya juga amat berterima kasih kepada Cik Mazalah dan kawan-kawan yang banyak membantu saya. Harapan saya agar pada minggu hadapan akan terdapat banyak lagi pengetahuan yang berfaedah yang akan saya perolehi.

0 Comments
<<Previous

    IT'S MINE

    ALWAYS A STUDENTS..
    REMEMBER ALLAH,PARENTS AND NABI SWT..

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.