ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN ISI HATI HAMBANYA... BE POSITIVE, INSHAALLAH KEJAYAAN MILIK KITA....
 
  • Home
  • Biodata Diri/My Biodata
  • Tugasan/Assignments
  • Refleksi

MINGGU 3

9/28/2014

0 Comments

 
          Alhamdulillah akhirnya siap sudah tugasan saya untuk minggu ini. Pertama sekali ucapan terima kasih saya kepada Cik Mazalah Bt Ahmad kerana banyak membantu saya dan kawan-kawan untuk tutor Komputer Dalam Pendidikan untuk minggu ini. Untuk minggu ini dalam kelas tutor pendidikan dan komputer ini macam-macam perasaan yang saya ada. Tapi dalam minggu ini terdapat banyak perkara yang telah saya belajar. Contohnya macammana untuk mencipta webbly dan menggunakannya.                                      

          Tanggapan pertama saya terhadap kos pendidikan dalam komputer ini adalah sangat menarik kerana saya dapat belajar banyak perkara baharu. Namun begitu pada minggu ini, saya mempunyai masalah dengan internet. Jadi apabila saya ingin membuka sesuatu laman,ia akan timbul masalah sedikit. Walaupun demikian, input yang saya dapat pada minggu ini sangat menarik dan berguna untuk saya.  

          Untuk minggu ini,saya diberikan tugasan untuk membuat satu laporan berkenaan Komputer sebagai 'alat', komputer sebagai 'guru' dan komputer sebagai 'pelajar'. Walaupun arahannya nampak senang tapi untuk menyiapkannya agak susah sekali. Ini disebabkan oleh ini merupakan pengalaman pertama untuk membuat tugasan secara maya dan saya kurang pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini jadi saya perlu lebih berusaha untuk menyiapkannya. Jadi ianya agak sukar sedikit kerana saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam membuat tugasan secara maya ini. Jadi bermulalah tugas saya untuk mencari bahan serta mengumpul bahan-bahan yang ada seterusnya menyiapkan laporan seperti yang diinginkan.

          Dalam pembuatan laporan ini telah mengajar saya bahawa untuk menjadi seorang mahasiswa yang berjaya itu bukanlah sesuatu yang senang kerana saya perlu berusaha sekiranya ingin berjaya. Laporan ini perlu saya hantar dalam akaun weebly saya. Apa yang menarik juga minggu ini ialah saya belajar macammana untuk membuka akaun weebly. Weebly fungsinya lebih kurang seperti akaun Blog. Jadi untuk memastikan ia lebih menarik,saya perlu mencantikkan lagi akaun weebly saya. Saya yang tidak mempunyai langsung pengalaman mempunyai blog sendiri,menyebabkan saya berasa lebih teruja untuk membuat lebih menarik lagi.

           Walaupun agak memenatkan kerana banyak perkara baharu yang saya pelajari. Namun begitu,seperti kata pepatah 'Bersusah-susah dahulu,Bersenang-senang kemudian' itulah pegangan yang perlu saya pegang. Untuk minggu ini sahaja sudah banyak input yang saya dapat,jadi saya rasa dalam tempoh satu sem ini pasti banyak yang akan saya dapat.


0 Comments

MINGGU 2

9/17/2014

0 Comments

 
          Syukur alhamdulillah pada minggu ini saya berjaya melalui kelas bagi subjek GE1155.  Pada minggu ini terdapat beberapa aktiviti yang kami lakukan. Minggu ini merupakan minggu pertama bagi kami selepas dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Selepas dibahagikan kepada beberapa kumpulan, ini memudahkan lagi kami dalam proses pembelajaran bagi subjek GE1155. Pada minggu ini kami perlu melakukan beberapa aktiviti seperti pembukaan akaun emel Gmail,mencipta akaun Google Drive dan penciptaan akaun Dropbox.

            Memandangkan ini merupakan pertama kali saya mendengar mengenai akaun Dropbox dan Google Drive,jadi ini memberi sedikit tekanan kepada saya untuk belajar perkara yang baharu. Tetapi dengan adanya tutor bagi subjek GE1155 bagi kumpulan kami SE1 iaitu Cik Mazalah ia lebih memudahkan kami untuk memahami tentang apa yang diajar. Selepas saya belajar dengan lebih mendalam mengenai aktiviti yang kami lakukan,ini menyedarkan saya bahawa semua yang kami lakukan pada minggu ini begitu memberi manfaat kepada saya. Saya begitu teruja selepas mengetahui bahawa Google Drive dan Dropbox merupakan satu akaun secara maya yang membolehkan kita menyimpan semua perkara sama ada gambar,dokumen atau sebagainya. Apa yang membuat saya lebih teruja ialah saya boleh membuka atau mengambil bahan dalam Google Drive dan Dropbox walau dimana sahaja saya berada asalkan ada internet. Jadi saya tidak perlu lagi untuk bersusah-susah mengambil bahan yang kita simpan di dalam komputer lagi. Mengikut apa yang saya faham Google Drive dan Dropbox mempunyai fungsi yang sama.

            Pada minggu ini sememangnya memberi kepuasan kepada saya kerana pada minggu ini banyak perkara baharu yang saya pelajari. Malahan walaupun pada awalnya susah untuk saya terima perkara yang baharu tetapi apabila saya dapat menguasainya dengan baik,barulah terbit keseronokan dan kepuasan dalam diri saya. Harapan saya agar pada minggu mendatang akan lebih banyak perkara baharu yang akan saya pelajari.

0 Comments

    IT'S MINE

    ALWAYS A STUDENTS..
    REMEMBER ALLAH,PARENTS AND NABI SWT..

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.