ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN ISI HATI HAMBANYA... BE POSITIVE, INSHAALLAH KEJAYAAN MILIK KITA....
 
  • Home
  • Biodata Diri/My Biodata
  • Tugasan/Assignments
  • Refleksi

MINGGU 14

12/21/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan peluang untuk saya mengikuti kelas Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ini. Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk kelas Komputer Dalam Pendidikan bagi semester ini dan bagi tempoh pengajian saya dalam kursus ini. Alhamdulillah Allah masih memberikan saya peluang untuk menimba ilmu berkaitan komputer pada minggu ini.

Pada minggu ini, kami tidak diberikan apa-apa tugasan, tetapi pada minggu ini Cik Mazalah hanya menyuruh saya dan kawan-kawan membuat semakan bagi semua tugasan yang telah saya lakukan bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan ini. Cik Mazalah juga telah memberikan masa untuk kami menyiapkan semua tugasan kami dan mengemaskini akaun WEEBLY sebelum akaun WEEBLY saya disemak oleh Cik Mazalah. Pada minggu ini juga debaran untuk melalui peperiksaan akhir semester satu semakin dirasai.

Pada kelas terakhir ini juga Cik Mazalah juga memberitahu tentang jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam kertas Komputer Dalam Pendidikan . Jenis-jenis soalan yang akan ditanya adalah semuanya berbentuk objektif. Ini merungsingkan lagi saya kerana jika semua soalan ditanya dalam bentuk objektif, maka saya perlu ingat semua fakta-fakta dalam kursus ini.

Sejujurnya kelas bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan ini sangat memberikan makna kepada saya. Ini disebabkan oleh sepanjang mengikuti kursus inilah yang mengajar saya erti kesabaran dalam membuat tugasan, kepuasan apabila menerokai perkara baharu, dan banyak lagi. Terima kasih saya ucapkan kepada Cik Mazalah khususnya yang sentiasa bersabar dengan karenah saya dan kawan-kawan sepanjang menjadi tutor bagi kursus ini. Sesungguhnya peluang untuk belajar dengan Cik Mazalah adalah sesuatu yang sangat menyeronakkan. Cik Mazalah sentiasa memberikan nasihat dan galakan kepada saya dan kawan-kawan malahan Cik Mazalah tidak pernah mendesak kami dalam membuat tugasan. Alangkah beruntungnya kami mendapat seorang pengajar seperti Cik Mazalah. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kawan-kawan saya dan harapan saya agar saya dan kawan-kawan akan dapat belajar bersama-sama lagi di semester dua nanti. Begitu juga kepada Cik Mazalah, semoga dapat mengikuti kelas dengan Cik Mazalah lagi di semester dua nanti. 

Picture
0 Comments

MINGGU 13

12/9/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah bersyukur pada Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini. Minggu ini merupakan minggu ke 3 sebelum bermulanya peperiksaan akhir semester. Debaran di hati semakin terasa memandangkan ini merupakan pengalaman saya menduduki peperiksaan di alam Universiti. Alhamdulillah pada minggu ini saya masih berpeluang untuk menimba ilmu dari kelas bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan bersama Cik Mazalah yang tidak pernah berputus asa dalam melayan karenah kami. Pada minggu ini kami diberikan dengan tugasan akhir.

Semasa mendengar dari Cik Mazalah yang akan memberikan tugasan baharu, perasaan tertekan tiba-tiba terbit dari hati saya kerana walaupun sudah berada di Minggu 13 tetapi kami masih diberikan tugasan. Tetapi saya seharusnya tidak boleh berfikiran begitu kerana dalam menuntut ilmu, saya perlu sabar dalam menuntutnya. Tetapi sebelum itu, kami dikehendaki untuk menghantar port-folio Weebly masing-masing bagi memudahkan Cik Mazalah untuk menyemak Weebly kami.

Untuk tugasan pada minggu ini kami perlu menggunakan Microsoft Excel yang langsung tak pernah saya gunakan. Tetapi disebabkan kursus ini, banyak yang saya tahu mengenai penggunaan Microsoft Excel ini. Rupa-rupanya dengan menggunakan Microsoft Excel, saya boleh mengira markah untuk pelajar saya nanti memandang saya akan menjadi seorang guru nanti. Dengan menggunakan Microsoft Excel ini, saya boleh mengira kedudukan pelajar saya melalui markah peperiksaan mereka. Selain itu, saya juga dapat mengira min, medium, mod, dan banyak lagi menggunakan Microsoft Excel. Saya berasa begitu bertuah kerana dengan menyertai kursus ini, saya dapat mempelajari ilmu menggunakan Microsoft excel ini. Malahan dengan menggunakan Microsoft excel ini juga saya dapat membuat graf berdasarkan maklumat markah yang telah saya buat.

Saya berasa gembira kerana dapat mengikuti dengan baik cara Cik Mazalah tunjukkan mengenai Microsoft Excel ini. Alhamdulillah saya begitu gembira mengikuti kelas ini walaupun kadang-kadang saya tertekan dengan tugasan yang perlu saya lakukan. Tetapi apabila saya dapat menguasai ilmu yang diajar dengan baik, perasaan puas itu sungguh menggembirakan saya.

0 Comments

MINGGU 12

12/4/2014

0 Comments

 
Semakin hari semakin dekat dengan pengakhiran semester satu. Alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya untuk mengikuti kursus Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ke 12 ini. Pada minggu ini saya dan kawan-kawan diberikan tugasan yang baharu iaitu tugasan untuk menghasilkan video berdasarkan tajuk pembentangan kumpulan yang lalu. Saya rasakan tugasan ini merupakan tugasan yang paling berat sepanjang mengikuti kursus ini kerana saya masih belum mempunyai apa-apa kemahiran dalam penciptaan video.


Kami dikehendaki untuk membuat satu video yang mempunyai tempoh masa semaksimum lima minit. Kami diberi kebebasan dalam penciptaan video sama ada ingin menggunakan movie maker atau sebagainya. Pada minggu ini kami dikehendaki untuk membuat skrip dan storyboard tentang video yang akan saya hasilkan. Walaupun ianya sangat susah tetapi saya pasti apabila saya dapat menyiapkannya, ianya pasti sangat memuaskan. Disebabkan oleh saya dan kawan-kawan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang teknik pembuatan video, maka Cik Mazalah menyuruh kami untuk melihat cara membuat video di Youtube.


Sepanjang mengikuti kursus ini sudah terlalu banyak kemahiran dan ilmu yang saya perolehi. Alhamdulillah saya sepatutunya bersyukur kerana di beri peluang untuk mengikuti kursus ini. Insha Allah dengan tunjuk ajar Cik Mazalah, saya pasti akan dapat menyiapkan tugasan untuk membuat video ini.
0 Comments

    IT'S MINE

    ALWAYS A STUDENTS..
    REMEMBER ALLAH,PARENTS AND NABI SWT..

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.