ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN ISI HATI HAMBANYA... BE POSITIVE, INSHAALLAH KEJAYAAN MILIK KITA....
 
  • Home
  • Biodata Diri/My Biodata
  • Tugasan/Assignments
  • Refleksi

MINGGU 14

12/21/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan peluang untuk saya mengikuti kelas Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ini. Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk kelas Komputer Dalam Pendidikan bagi semester ini dan bagi tempoh pengajian saya dalam kursus ini. Alhamdulillah Allah masih memberikan saya peluang untuk menimba ilmu berkaitan komputer pada minggu ini.

Pada minggu ini, kami tidak diberikan apa-apa tugasan, tetapi pada minggu ini Cik Mazalah hanya menyuruh saya dan kawan-kawan membuat semakan bagi semua tugasan yang telah saya lakukan bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan ini. Cik Mazalah juga telah memberikan masa untuk kami menyiapkan semua tugasan kami dan mengemaskini akaun WEEBLY sebelum akaun WEEBLY saya disemak oleh Cik Mazalah. Pada minggu ini juga debaran untuk melalui peperiksaan akhir semester satu semakin dirasai.

Pada kelas terakhir ini juga Cik Mazalah juga memberitahu tentang jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam kertas Komputer Dalam Pendidikan . Jenis-jenis soalan yang akan ditanya adalah semuanya berbentuk objektif. Ini merungsingkan lagi saya kerana jika semua soalan ditanya dalam bentuk objektif, maka saya perlu ingat semua fakta-fakta dalam kursus ini.

Sejujurnya kelas bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan ini sangat memberikan makna kepada saya. Ini disebabkan oleh sepanjang mengikuti kursus inilah yang mengajar saya erti kesabaran dalam membuat tugasan, kepuasan apabila menerokai perkara baharu, dan banyak lagi. Terima kasih saya ucapkan kepada Cik Mazalah khususnya yang sentiasa bersabar dengan karenah saya dan kawan-kawan sepanjang menjadi tutor bagi kursus ini. Sesungguhnya peluang untuk belajar dengan Cik Mazalah adalah sesuatu yang sangat menyeronakkan. Cik Mazalah sentiasa memberikan nasihat dan galakan kepada saya dan kawan-kawan malahan Cik Mazalah tidak pernah mendesak kami dalam membuat tugasan. Alangkah beruntungnya kami mendapat seorang pengajar seperti Cik Mazalah. Terima kasih juga saya ucapkan kepada kawan-kawan saya dan harapan saya agar saya dan kawan-kawan akan dapat belajar bersama-sama lagi di semester dua nanti. Begitu juga kepada Cik Mazalah, semoga dapat mengikuti kelas dengan Cik Mazalah lagi di semester dua nanti. 

Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    IT'S MINE

    ALWAYS A STUDENTS..
    REMEMBER ALLAH,PARENTS AND NABI SWT..

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.